HOW TO WASH


Cara membasuh cloth diapers tidaklah sesusah yang anda bayangkan. Tidak perlu disental, tidak perlu direndam dan tidak perlu clorox. Saya juga seperti anda, seorang ibu yang berkerjaya, menghantar anak ke pengasuh @ taska dan tidak mempunyai pembantu rumah. Tapi untuk berjimat dan memastikan kesihatan anak terjamin, sesi mencuci saya menjadi alah bisa tegal biasa. Dan saya sehingga kini masih teruja tiap kali membasuh dan menyidai cloth diapers anak-anak saya.

Setiap kali balik dari rumah pengasuh atau waktu yang sesuai, saya akan membilas cloth diapers hadif & hakim di dalam singki dapur sahaja. Di bawah ini saya terangkan cara dan kaedah yang saya gunakan untuk membasuh cloth diaper:

Basuh Guna Washing Machine

  1. Mula-mula saya akan lekatkan velcro tape ke laundry tap untuk mengelakkannya terlekat di sana-sini.
  2. Saya akan keluarkan dulu insert dari poket cloth diaper.
  3. Selepas bilas, masukkan ke dalam baldi kering dan sebaiknya baldi itu ditutup untuk mengelakkan ianya berbau. Mungkin boleh gunakan tong sampah baru yang berpenutup.
  4. Simpan sahaja cloth diapers itu untuk seharian atau 2 ke 3 hari untuk dibasuh. Ini kerana saya tidak mencampurkan basuhan cloth diaper dengan kain yang lain kecuali kadang-kadang dengan baju anak-anak saya. Ini adalah untuk menjamin kesucian baju-baju tersebut.
  5. Masukkan ke dlm laundry net untuk menjaga jangkahayat cloth diaper anda.
  6. Kemudian, masukkan ke dalam washing machine anda dengan menggunakan 1/4 sudu sabun. Pastikan sabun tersebut tidak mengandungi pelembut dan pemutih serta clorox.
  7. Setelah selesai washing mechine anda berkerja, bolehlah terus sidai seelok-eloknya dibawah matahari. Jika tidak pun boleh sidai di bawah kipas.
Perhatian Untuk Newbie:
  1. Silalah prewash sekurang-kurangnya 3 kali dahulu cloth diaper baru anak anda. Ini adalah step yang paling penting setiap kali anda membeli cloth diaper. Prewash yang dimaksudkan adalah (basuh & jemur kering, kemudian basuh & jemur kering, basuh & jemur kering). Semakin banyak anda basuh cloth diaper anak anda, semakin baik daya serapannya. Insyallah prestasi cloth diaper anak anda akan bertambah baik.
  2. Contoh jenis sabun adalah seperti Pureen Had, Breeze, Daia, dan lain-lain (tiada enzim pemutih & pewangi)
  3. Jika bayi anda poo poo, buang najis anak anda ke dalam toilet bowl dan pancutkan air yang agak deras supaya kotoran najis anak anda akan mudah hilang. Kemudian bilas bersih dan simpan di dalam baldi untuk tunggu sesi membasuh menggunakan washing machine

Borang Order

Baby

1.Cara Order
- Pilih cloth diaper yang ingin dibeli & isi Order form.
-Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan betul terutamanya email address.
- Semak semula maklumat yang telah diisi sebelum klik butang "Submit Form".
- Sila semak email pengesahan pesanan dalam masa 24 jam. Email tersebut mengandungi jumlah yang perlu dibayar & nombor akaun saya.

2.Cara Pembayaran

- Buat bayaran ke akaun bank saya dalam tempoh 2 hari selepas email pengesahan diterima.
- Proses pengeposan akan dibuat selepas bayaran penuh diterima. (Tempahan dianggap batal sekiranya anda tidak membuat pembayaran dalam tempoh 2 hari selepas pesanan dibuat.)

3. Cara Penghantaran

- Penghantaran dibuat pada setiap hari kecuali hari Sabtu & Ahad serta cuti am.
- Penghantaran PERCUMA bagi pelanggan sekitar Pinggiran Batu Caves dan Taman Sri Gombak.

- Rate POSLAJU :
1) Semenanjung M'sia:
1-2 pcs : RM 6.00
3-4 pcs : RM 8.00
5-6 pcs : RM10.00
7-8 pcs : RM12


2)Sabah & Sarawak:
1-2 pcs : RM 8.00
3-4 pcs : RM10
5-6 pcs : RM14
7-8 pcs :RM18

* Percuma kos penghantaran menggunakan e-parcell (Pos Malaysia) untuk pembelian 10 pcs CD ke atas.

* Saya akan memberikan tracking nombor melalui SMS kepada pelanggan-pelanggan saya

Ayu Shoppe
012-3623577

 
Lampin Kain Moden Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template